selamatdatang

Selamat Datang Ke Blog ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam



Sunday, 27 November 2016

Perasmian Anugerah ISMS

Program: Majlis SIRIM Industri 2016
Tarikh: 25 November 2016 (Jumaat)
Masa: 7.30 - 10.30 malam
Tempat: Sunway Resort Hotel & Spa


Majlis SIRIM Industri 2016 bermula pada pukul 7.30 malam dan tamat pada pukul 10.30 malam. Objektif majlis tersebut diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan oleh pihak SIRIM kepada organisasi/ syarikat yang telah berjaya memperoleh persijilan di bawah skim-skim persijilan SIRIM dari bulan Oktober hingga Disember 2015 dan Januari hingga Oktober 2016. Majlis Daerah Sabak Bernam telah berjaya memperolehi persijilan ISMS pada 11 Mac 2016.

Majlis ini juga dapat mewujudkan kesedaran orang ramai dan pihak pengguna akan perkembangan terkini mengenai sistem-sistem Pengurusan Kualiti, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, Pelabelan Eko serta Persijilan Barangan. Disamping itu, majlis ini dapat mengeratkan hubungan dan jaringan perniagaan di antara Kumpulan SIRIM, industri tempatan dan antarabangsa serta agensi-agensi kerajaan. MDSB telah menerima Sijil Penghargaan dari SIRIM.

Seramai 10 orang wakil MDSB  yang menghadiri majlis tersebut. Mereka terdiri daripada Puan Yang Dipertua MDSB, Tuan Setiausaha MDSB dan ahli jawatankuasa Pelaksana ISMS MDSB. Ketibaan para tetamu jemputan dan tetamu kehormat bermula pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc - Pengerusi SIRIM dan diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Malaysia.

Majlis seterusnya diteruskan dengan Pelancaran Makmal Pengujian Fotovoltan. Kemudian, majlis disambung dengan jamuan makan dan persembahan hiburan.  Selepas selesai persembahan majlis diteruskan semula dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penerima.



Sekitar Majlis SIRIM Industri 2016 dan Perasmian Anugerah ISMS




Thursday, 3 November 2016

LAWATAN CHIEF INFORMATION OFFICER (CIO) KE BILIK SERVER DAN BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MDSB UNTUK REKOD ISMS

Tarikh: 4 November 2016 (Jumaat)

Masa: 9.30 pagi - 10.00 pagi

Tempat: Bilik Server dan Bahagian Teknologi Maklumat, MDSB



Sesi lawatan telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Tuan CIO telah di iring oleh  Encik Najhan Pata bin Sairi selaku ICT SO MDSB. Sepanjang lawatan dijalankan CIO amat berpuas hati kerana Bahagian Teknologi Maklumat telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan memuaskan. Lawatan ini  perlu  dilaksanakan sebagai rekod dalam pelaksanaan ISMS.

ICT SO menyampaikan taklimat ringkas kepada CIO berkenaan keadaan Bilik Server dan pejabat Bahagian Teknologi Maklumat. CIO juga telah diberi taklimat berkenaan Sudut Maya ISMS yang mana telah menggunapakai kaedah QR Code Reader untuk mendapatkan maklumat berkenaan ISMS di telefon pintar dengan hanya perlu mengimbas QR Code

Di akhir lawatan, CIO mengucapkan terima kasih di atas penerangan yang jelas oleh ICT SO dan beliau berharap Bahagian Teknologi Maklumat dapat terus mengekalkan prestasi terbaik ini untuk masa yang akan datang.



Lampiran Gambar Sepanjang Lawatan CIO Ke Bahagian Teknologi Maklumat MDSB



















Thursday, 27 October 2016

BERJAYA MEMPEROLEHI PERSIJILAN ISMS


MDSB telah berjaya memperolehi persijilan ISMS pada 11 Mac 2016





PROGRAM AUDIT DALAM ISMS MDSB



     JUN 2015 – Audit Dalam ISMS dari MAMPU




OGOS  2015 – Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan








AUDIT ISMS STAGE 1 DARI SIRIM


11 JAN 2016 – Audit Pensijilan ISMS dari SIRIM

Auditor : Puan Sazlin Alias dan Puan Fazlin Zakaria



SESI PENGAUDITAN ISMS STAGE 1








Tindakan Penambahbaikan Issues of Concern Audit Stage 1


1. Clause 6.2 

Penambahbaikan Dokumentasi Prosedur Pengukuran Keberkesanan Kawalan ISMS (MDSB-ISMS-P1-07)
-Penyelarasan sasaran dan kaedah pengukuran ditambahbaik
 mengikut dalam dokumen prosedur.
-Pembangunan satu security metrics bagi pengurusan ID
 pengguna sistem ePBT.







2. Clause 6.1.3 d

Penambahbaikan Dokumentasi Statement of Applicability –SOA (MDSB-ISMS-P1-11)
-Bengkel Semakan keseluruhan dokumentasi SOA berkaitan 
 pemakaian kawalan dan justifikasi serta rujukan untuk
 lebih konsisten dan berkesan telah dilaksanakan pada 19 
 Jan 2016.



AUDIT ISMS STAGE 2 DARI SIRIM

4 – 5 FEBRUARI 2016 - Audit Pensijilan ISMS dari SIRIM
Stage 2

Auditor : Puan Sazlin Alias
              Puan Nur Eliana Abdul Razak




SESI PENGAUDITAN ISMS STAGE 2