Tarikh: 25 November 2016 (Jumaat)
Masa: 7.30 - 10.30 malam
Tempat: Sunway Resort Hotel & Spa
Majlis SIRIM Industri 2016 bermula pada pukul 7.30
malam dan tamat pada pukul 10.30 malam. Objektif majlis tersebut diadakan
adalah untuk memberi pengiktirafan oleh pihak SIRIM kepada organisasi/
syarikat yang telah berjaya memperoleh persijilan di bawah skim-skim
persijilan SIRIM dari bulan Oktober hingga Disember 2015 dan Januari hingga
Oktober 2016. Majlis Daerah Sabak Bernam telah berjaya memperolehi persijilan
ISMS pada 11 Mac 2016.
Majlis ini juga dapat mewujudkan kesedaran orang ramai
dan pihak pengguna akan perkembangan terkini mengenai sistem-sistem
Pengurusan Kualiti, Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan,
Pelabelan Eko serta Persijilan Barangan. Disamping itu, majlis ini dapat
mengeratkan hubungan dan jaringan perniagaan di antara Kumpulan SIRIM,
industri tempatan dan antarabangsa serta agensi-agensi kerajaan. MDSB telah
menerima Sijil Penghargaan dari SIRIM.
Seramai
10 orang wakil MDSB yang menghadiri
majlis tersebut. Mereka terdiri daripada Puan Yang Dipertua MDSB, Tuan Setiausaha
MDSB dan ahli jawatankuasa Pelaksana ISMS MDSB. Ketibaan para tetamu jemputan
dan tetamu kehormat bermula pada pukul 7.30 hingga 8.00 malam. Majlis
dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali,
FASc - Pengerusi SIRIM dan diteruskan dengan ucapan perasmian yang
disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Menteri Sains,
Teknologi, dan Inovasi Malaysia.
Majlis
seterusnya diteruskan dengan Pelancaran Makmal Pengujian Fotovoltan. Kemudian,
majlis disambung dengan jamuan makan dan persembahan hiburan. Selepas selesai persembahan majlis
diteruskan semula dengan penyampaian sijil penghargaan kepada penerima.
|