selamatdatang

Selamat Datang Ke Blog ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam



Thursday, 7 December 2017

KURSUS PENGURUSAN ISMS: KUMPULAN PELAKSANA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2017


Program
Kursus Pengurusan ISMS: Kumpulan Pelaksana Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2017
Tarikh
4 Disember 2017
Masa
10.30 pagi – 1.00 petang
Tempat
Bilik Mesyuarat Bunga Mawar, MDSB
Ringkasan Program
Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Pengurusan ISMS: Kumpulan Pelaksana Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2017 kepada ahli jawatankuasa pelaksana ISMS.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman bagi pelaksana yang baru dilantik berkaitan pensijilan ISMS MDSB. Selain itu, untuk menambahbaik kandungan dokumen ISMS dan keperluan standard dan pensijilan dalam melaksanakan Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) berasaskan Malaysian Standard (MS) ISO:IEC 27001:2013.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Najhan Pata bin Sairi, Pegawai Teknologi Maklumat dari MBSA. Taklimat ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana ISMS MDSB.


Disediakan oleh :

Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Sabak Bernam.








TAKLIMAT KESEDARAN ISMS MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2017 BAGI KAKITANGAN DALAM SKOP PENSIJILAN ISMS


Program
Taklimat Kesedaran ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2017
Tarikh
4 Disember 2017
Masa
8.30 – 10.00 pagi
Tempat
Bilik Mesyuarat Bunga Mawar, MDSB
Ringkasan Program
Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Taklimat Kesedaran ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2017 kepada kakitangan MDSB yang berada dalam skop pensijilan ISMS MDSB. Peserta yang hadir adalah wakil dari Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Jabatan Pelesenan.

Taklimat ini merupakan salah satu cara untuk memupuk kesedaran dan memberi kefahaman dikalangan kakitangan berkaitan ISMS yang telah dilaksanakan di MDSB dalam tempoh 2 tahun ini. Selain itu, dapat membantu kakitangan dalam menambahbaik cara penggunaan komputer dan sistem dalam pelaksanaan tugas seharian supaya dapat menggunakannya dengan lebih berkhemah dan mematuhi standard ISMS yang telah ditetapkan.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Najhan Pata bin Sairi, Pegawai Teknologi Maklumat dari MBSA. Taklimat ini telah dihadiri seramai 14 orang peserta.


Disediakan oleh :

Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Sabak Bernam.