Tarikh: 10 Januari 2017 (Selasa)
Masa: 2.30 - 3.00 petang
Tempat: Bilik Server, Bahagian Teknologi Maklumat, MDSB
Sesi lawatan telah dimulakan pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 3.00 petang. Puan Hajah Azlinda binti Azman, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam telah di iring oleh Encik Najhan Pata bin Sairi selaku ICT SO MDSB dan kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat. Sepanjang lawatan dijalankan beliau amat berpuas hati di atas kerjasama yang sangat baik dan memuaskan oleh Bahagian Teknologi Maklumat. Lawatan ini perlu dilaksanakan sebagai tanda sokongan Pengurusan Tertinggi MDSB dalam persijilan ISMS di MDSB.
ICT SO telah menyampaikan taklimat ringkas kepada Puan Yang Dipertua berkenaan keadaan Bilik Server dan pejabat Bahagian Teknologi Maklumat. Beliau juga telah diberi taklimat berkenaan Sudut Maya ISMS yang mana telah menggunapakai kaedah QR Code Reader untuk mendapatkan maklumat berkenaan ISMS di telefon pintar dengan hanya perlu mengimbas QR Code.
Di akhir lawatan, beliau mengucapkan terima kasih di atas penerangan yang jelas oleh ICT SO dan beliau berharap Bahagian Teknologi Maklumat dapat terus mengekalkan prestasi cemerlang ini untuk masa akan datang. Beliau turut berbangga di atas usaha semua kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat dalam memastikan MDSB berjaya memperolehi persijilan ISMS sebagai PBT daerah pertama di Malaysia.