selamatdatang

Selamat Datang Ke Blog ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam



Monday, 18 February 2019

AUDIT PENSIJILAN SEMULA DALAM MS ISO/IEC 27001:2013 INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM OLEH SIRIM

Program
Audit Pensijilan Semula dalam MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) Majlis Daerah Sabak Bernam
Tarikh
11 dan 12 Februari 2019 (Isnin dan Selasa)
Masa
9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat
Bilik Mesyuarat Bunga Mawar, MDSB
Ringkasan Program
Majlis Daerah Sabak Bernam telah berjaya memperolehi persijilan ISMS pada 11 Mac 2016 yang lalu dan merupakan Majlis Daerah Pertama di Malaysia mempunyai pensijilan ini. MDSB telah melaksanakan pematuhan  ISMS dalam memastikan proses yang berterusan meliputi dasar, struktur organisasi, prosedur dan fungsi ICT dilaksanakan sepanjang tempoh 3 tahun ini.

Audit pensijilan semula ISMS oleh pihak SIRIM telah diadakan selama 2 hari. Sesi pengauditan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Pasukan audit SIRIM diketuai oleh Encik Azran bin Mohammad Ridzuan dan dibantu oleh Puan Noridah binti Yahya selaku pembantu juruaudit. Sepanjang pengauditan dijalankan pihak pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana ISMS MDSB telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan memuaskan juruaudit.

Hasil laporan dari audit pensijilan semula oleh SIRIM yang telah dijalankan, semakan ke atas dokumentasi telah dibuat bagi memastikan tindakan terhadap isu yang dibangkitkan sebelum ini telah dilaksanakan dan didapati memuaskan. MDSB telah menerima 1 teguran Noncomformity (NCR) 8 teguran bagi peluang penambahbaikan (OFI). Komitmen pengurusan tertinggi, kumpulan pelaksana ISMS dan invidu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung adalah sesuatu yang amat dibanggakan. Pihak juruaudit turut memuji semangat kerjasama semua kakitangan yang terlibat.













Taklimat kesedaran Dasar Keselamatan ICT MDSB Versi 3.0 dan ISMS kepada pengguna dalam skop ISMS

Tarikh: 7 Februari 2019
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
































Audit Dalam Pensijilan MS ISO/IEC 27001: 2013 ISMS


Tarikh: 29 & 30 Januari 2019
Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Mawar & Jabatan Dalam SKOP ISMS
Auditor: 1. Puan Zafiyanti binti Borhanuddin (Ketua Juruaudit)
                2. Puan Siti Faezah binti Muhammad Yusuf (Juruaudit Dalam)