Program
|
Kursus
Pengurusan ISMS: Kumpulan Pelaksana Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2017
|
Tarikh
|
4 Disember 2017
|
Masa
|
10.30 pagi – 1.00 petang
|
Tempat
|
Bilik Mesyuarat Bunga Mawar, MDSB
|
Ringkasan Program
|
Bahagian Teknologi Maklumat dengan
kerjasama Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus
Pengurusan ISMS: Kumpulan Pelaksana Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun
2017 kepada ahli jawatankuasa pelaksana ISMS.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi
kesedaran dan kefahaman bagi pelaksana yang baru dilantik berkaitan pensijilan
ISMS MDSB. Selain
itu, untuk menambahbaik kandungan dokumen ISMS dan keperluan
standard dan pensijilan dalam melaksanakan Pengurusan Sistem Keselamatan
Maklumat (ISMS) berasaskan Malaysian Standard (MS) ISO:IEC 27001:2013.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik
Najhan Pata bin Sairi, Pegawai Teknologi Maklumat dari MBSA. Taklimat ini
telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan
pelaksana ISMS MDSB.
Disediakan oleh :
Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Sabak Bernam.
|
selamatdatang
Thursday, 7 December 2017
KURSUS PENGURUSAN ISMS: KUMPULAN PELAKSANA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2017
TAKLIMAT KESEDARAN ISMS MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2017 BAGI KAKITANGAN DALAM SKOP PENSIJILAN ISMS
Program
|
Taklimat
Kesedaran ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2017
|
Tarikh
|
4 Disember 2017
|
Masa
|
8.30 – 10.00 pagi
|
Tempat
|
Bilik Mesyuarat Bunga
Mawar, MDSB
|
Ringkasan Program
|
Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan
Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Taklimat Kesedaran ISMS
Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2017 kepada kakitangan MDSB yang berada
dalam skop pensijilan ISMS MDSB. Peserta yang hadir adalah wakil dari Jabatan
Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Jabatan Pelesenan.
Taklimat ini
merupakan salah satu cara untuk memupuk kesedaran dan memberi
kefahaman dikalangan kakitangan berkaitan ISMS yang telah dilaksanakan di
MDSB dalam tempoh 2 tahun ini. Selain itu, dapat membantu kakitangan dalam
menambahbaik cara penggunaan komputer dan sistem dalam pelaksanaan tugas
seharian supaya dapat menggunakannya dengan lebih berkhemah dan mematuhi
standard ISMS yang telah ditetapkan.
Taklimat telah
disampaikan oleh Encik Najhan Pata bin Sairi, Pegawai Teknologi Maklumat dari
MBSA. Taklimat ini telah dihadiri seramai 14 orang peserta.
Disediakan oleh :
Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Sabak Bernam.
|