Program
|
Taklimat
Kesedaran ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2017
|
Tarikh
|
4 Disember 2017
|
Masa
|
8.30 – 10.00 pagi
|
Tempat
|
Bilik Mesyuarat Bunga
Mawar, MDSB
|
Ringkasan Program
|
Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan
Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Taklimat Kesedaran ISMS
Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2017 kepada kakitangan MDSB yang berada
dalam skop pensijilan ISMS MDSB. Peserta yang hadir adalah wakil dari Jabatan
Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Jabatan Pelesenan.
Taklimat ini
merupakan salah satu cara untuk memupuk kesedaran dan memberi
kefahaman dikalangan kakitangan berkaitan ISMS yang telah dilaksanakan di
MDSB dalam tempoh 2 tahun ini. Selain itu, dapat membantu kakitangan dalam
menambahbaik cara penggunaan komputer dan sistem dalam pelaksanaan tugas
seharian supaya dapat menggunakannya dengan lebih berkhemah dan mematuhi
standard ISMS yang telah ditetapkan.
Taklimat telah
disampaikan oleh Encik Najhan Pata bin Sairi, Pegawai Teknologi Maklumat dari
MBSA. Taklimat ini telah dihadiri seramai 14 orang peserta.
Disediakan oleh :
Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Sabak Bernam.
|
No comments:
Post a Comment