selamatdatang

Selamat Datang Ke Blog ISMS Majlis Daerah Sabak Bernam



Thursday, 7 December 2017

KURSUS PENGURUSAN ISMS: KUMPULAN PELAKSANA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM TAHUN 2017


Program
Kursus Pengurusan ISMS: Kumpulan Pelaksana Majlis Daerah Sabak Bernam Tahun 2017
Tarikh
4 Disember 2017
Masa
10.30 pagi – 1.00 petang
Tempat
Bilik Mesyuarat Bunga Mawar, MDSB
Ringkasan Program
Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Pengurusan ISMS: Kumpulan Pelaksana Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2017 kepada ahli jawatankuasa pelaksana ISMS.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman bagi pelaksana yang baru dilantik berkaitan pensijilan ISMS MDSB. Selain itu, untuk menambahbaik kandungan dokumen ISMS dan keperluan standard dan pensijilan dalam melaksanakan Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) berasaskan Malaysian Standard (MS) ISO:IEC 27001:2013.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Najhan Pata bin Sairi, Pegawai Teknologi Maklumat dari MBSA. Taklimat ini telah dihadiri seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan pelaksana ISMS MDSB.


Disediakan oleh :

Bahagian Teknologi Maklumat,
Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Daerah Sabak Bernam.








No comments:

Post a Comment